PENANGGUHAN ORENTASI SESI JAN'11



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog SRK, Terima kasih kerana anda masih lagi setia bersama kami dengan mengikuti perkembangan terbaru daripada kami, dan maaf sebab sudah hampir dua bulan tiada catatan tentang aktiviti terbaru dari Kelab SRK saya coretkan di sini, bukan kerana tiada aktiviti yang kami buat, akan tetapi atas sebab masa selalu mencemburui saya dan atas sebab itu lah saya tidak ada masa untuk update blog SRK ni..

Anyway, sekali lagi SRK telah di jemput untuk membuat persembahan bagi menyempurnakan lagi Majlis Penangguhan Orentasi Kolej PTPL Sabah untuk Sesi OKT'11.. Dalam Majlis penangguhan orentasi Kolej PTPL Sabah untuk Sesi OKT'11, dancer Kelab SRK telah membawakan lagu Asmaradana yang di popularkan oleh Datin Seri Tiara, dan tarian ini telah di koreografikan sendiri oleh Presiden Kelab SRK, iaitu saudara Zyen.

Walaubagaimanapun, ini adalah persembahan pertama Kelab SRK di atas pentas pada Tahun ini, dan segalanya berjalan dengan lancar dengan keizinan Tuhan.

Sungguhpun begitu, SRK tidak hanya sampai di sini sahaja, kerana masih banyak lagi aktiviti yang di rancang oleh ajk Kelab.

p/s: kepada para pelajar @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menyimpan video ini dalam format .3gp sebagai koleksi video dalam hp korang, anda boleh mendapatkanya dari saya dengan menghubungi saya melalui akaun facebook saya di sini sekian, terima kasih..

0 Comments to "PENANGGUHAN ORENTASI SESI JAN'11"

Post a Comment

SEBARANG KOMEN YANG ANDA BERIKAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. ADMIN SENI RENTAKAMI TIDAK BERTANGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DIBERI OLEH PENGKOMEN.

© Copyright Reserved SENI RENTAKAMI | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft