PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA KOLEJ




Hari ini, 31 Januari 2011, buat kali pertama AJK SRK berjumpa dengan Pengetua Kolej bagi membincangkan pelbagai aktiviti dan memcadangkan pelbagai idea untuk di pertimbangkan oleh pihak Kolej.


Mesyuarat ini telah sempurna dan berjalan dengan lancar selama satu ( 1 ) jam di bilik mesyuarat CNC Department Kolej PTPL Sabah di samping saling bertukar buah fikiran dan cadangan untuk memantapkan lagi kegiatan Kelab SRK sepanjang tahun.

Bersyukur ke hadrat ilahi, segala buah fikiran dan cadangan yang kami ketengahkan mendapat tindak balas yang positif daripada Pengetua Kolej PTPL Sabah iaitu En. Hisyamudin.

Setelah habis mesyuarat, semua yang terlibat dalam mesyuarat ini pun bersurai.
Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

PTPL IDOL'10

SENI RENTAKAMI | 2:47 AM | 0 comments


Sepertimana tajuk di atas, mungkin anda semua selalu sahaja mendengarkanya pada setiap tahun di Kolej PTPL tentang PTPL Idol, kan? Jika sebelum ini, PTPL Idol di Kolej PTPL Sabah hanya di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pada kali ini Kelab SRK memberanikan diri untuk menganjurkan PTPL IDOL 2011.

Bersyukur kepada Tuhan, setakat ini, sambutan pelajar Kolej PTPL Sabah amat memberangsangkan dan semua yang menyertai ujibakat ini adalah sungguh berbakat. Pada masa ini, ujibakat masih giat di jalankan setiap hari rabu pada pukul 9am-12pm di bilik MPP Kolej PTPL Sabah sehingga tarikh untuk pemilihan akhir, iaitu hanya 10 orang peserta yang akan di pilih untuk berentap memenangi gelaran PTPL IDOL tahun 2010.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh lah terus berhubung dengan presiden kelab.
Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

PENANGGUHAN ORENTASI SESI JAN'11



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog SRK, Terima kasih kerana anda masih lagi setia bersama kami dengan mengikuti perkembangan terbaru daripada kami, dan maaf sebab sudah hampir dua bulan tiada catatan tentang aktiviti terbaru dari Kelab SRK saya coretkan di sini, bukan kerana tiada aktiviti yang kami buat, akan tetapi atas sebab masa selalu mencemburui saya dan atas sebab itu lah saya tidak ada masa untuk update blog SRK ni..

Anyway, sekali lagi SRK telah di jemput untuk membuat persembahan bagi menyempurnakan lagi Majlis Penangguhan Orentasi Kolej PTPL Sabah untuk Sesi OKT'11.. Dalam Majlis penangguhan orentasi Kolej PTPL Sabah untuk Sesi OKT'11, dancer Kelab SRK telah membawakan lagu Asmaradana yang di popularkan oleh Datin Seri Tiara, dan tarian ini telah di koreografikan sendiri oleh Presiden Kelab SRK, iaitu saudara Zyen.

Walaubagaimanapun, ini adalah persembahan pertama Kelab SRK di atas pentas pada Tahun ini, dan segalanya berjalan dengan lancar dengan keizinan Tuhan.

Sungguhpun begitu, SRK tidak hanya sampai di sini sahaja, kerana masih banyak lagi aktiviti yang di rancang oleh ajk Kelab.

p/s: kepada para pelajar @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menyimpan video ini dalam format .3gp sebagai koleksi video dalam hp korang, anda boleh mendapatkanya dari saya dengan menghubungi saya melalui akaun facebook saya di sini sekian, terima kasih..
Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

SEMOGA BERJAYA MIDTERM OKT'10




Hari ini, 17 Disember, maka bermula lah sudah peperiksaan pertengahan semester bagi pelajar-pelajar Kolej PTPL Sabah, kami AJK serta PRESIDEN Kelab SRK mengucapkan Semoga Berjaya kepada ahli Kelab SRK dan juga kepada semua pelajar Kolej PTPL Sabah yang mengambil peperiksaan ini.



sahabat, ingatlah bahawa, kejayaan bukan dicipta oleh sesiapa, kejayaan bukan di cipta oleh orang yang berada, kejayaan, bukan di cipta oleh orang lain, tapi kejayaan di cipta oleh diri kita sendiri, kejayaan juga dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

ilmu adalah segalnya, biar botak berotak daripada bijak terpijak..

"lets arts make you smile"

Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

PEMBENTUKAN SEMULA AJK SRK



Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah beberapa bulan SRK menyepikan diri, kini SRK kembali aktif semula, dengan muka-muka baru AJK..

Hari ini 15/12/2010 (RABU), jam 09.30am, bertempat d Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), SRK telah membuat perjumpaan yang bertujuan untuk membentuk semula AJK SRK yang baru bagi menggantikan tempat kosong (AJK lama tamat belajar), dengan izin Allah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun cuma dihadiri oleh beberapa orang ahli sahaja.

Pelbagai aktiviti dan agenda telah disusun untuk menjadikan SRK ini kekal aktif dan senarai aktiviti berkenaan akan di kemaskini kemudian.
Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

PERJUMPAAN KELAB



Perjumpaan Kelab ini sebenarnya di rancang pada 28 hb jam 8.30 am, akan tetapi memandangkan kami (ahli kelab) ada ujian 1, maka perjumpaan telah ditukar pada 1 HB Julai 2010, Jam 8.30 Pagi, Bertempat di Student Center A..

Perjumpaan kali ini, akan membincangkan berkenaan aktiviti kelab untuk semester panjang ini. Harap semua aktiviti akn berjalan seperti biasa dan sempurna tanpa ada halangan, insyallah..
Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

SELAMAT HARI GURU




Macam biasa setiap tahun pada 16 Mei kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Guru, dan kami warga Kolej PTPL Sabah tidak ketinggalan untuk turut sama meraikannya, namun begitu, atas sebab yang tidak dapat dielakan, sambutan hari guru di Kolej PTPL Sabah disambut lebih awal dari tarikh sebenar.

Banyak aktivi yang tersedia semasa sambutan hari guru ini berlangsung, dan tidak ketinggalan Ahli Kelab SRK turut sama memeriahkan lagi majlis sambutan dengan sketsa mereka yang bertajuk "PENGORBANAN SEORANG GURU" yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi 2 iaitu saudara Fadzil, apa pun , perjalanan sketsa ini amat sangat menarik perhatian ramai, alhamdulillah.

ADD MY FACEBOOK

Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PTPL SABAH



P
ada 05 hingga 06 Mei 2010, Kolej PTPL Sabah telah mengadakan sambutan pesta kaamatan peringkat Kolej di dewan A dan Dewan B Kolej PTPL Sabah, majlis ini secara tidak langsung diserikan lagi oleh pelbagai aktiviti seperti pameran makanan tradisional sabah dan pakaian tradisional dari pelajar yang mengambil subjek sosiologi dan tarian mengiluk dari pelajar soft skills, juga tidak ketinggalan, Ahli Kelab SRK juga turut mengambil bahagian untuk mempersembhakan bakat mereka dalam menarikan Tarian Sumazau, dan tarian ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya.


ADD MY FACEBOOK

Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

AKTIVITI SETERUSNYA



Dalam mesyuarat kali ke 5 (Dalam kiraan ku), kami para AJK Kelab Seni Rentakami sebulat suara mencadangkan aktiviti yang akan kami jalankan setersunya, aktiviti yang mungkin menyronokan bagi anda dan kegembiraan bagi kami semua.. aktiviti itu adalah :





  1. 6 Mei - Limpahan Sumazau
  2. 7 - 9 Mei - Perkemahan Di Perkarangan Kolej
  3. 14 Mei - Sketsa Sanbutan Hari Guru






Telah ditukarkan kepada :





  1. 6 Mei - Tarian Sumazau ft. Tarian Moden
  2. 11 Mei - Teater Sempena Hari Pendidik
  3. Tarikh Belum Ditetapkan - Rumah Hantu






Segala kesluitan amat dikesali dan segala cadangan atau perubahan akan dimaklumkan kemudian, Terima Kasih..


ADD MY FACEBOOK

Kami Amat Menghargai Sokongan Anda Terhadap Kelab Seni Rentakami. Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Admin

© Copyright Reserved SENI RENTAKAMI | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft