PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA KOLEJ




Hari ini, 31 Januari 2011, buat kali pertama AJK SRK berjumpa dengan Pengetua Kolej bagi membincangkan pelbagai aktiviti dan memcadangkan pelbagai idea untuk di pertimbangkan oleh pihak Kolej.


Mesyuarat ini telah sempurna dan berjalan dengan lancar selama satu ( 1 ) jam di bilik mesyuarat CNC Department Kolej PTPL Sabah di samping saling bertukar buah fikiran dan cadangan untuk memantapkan lagi kegiatan Kelab SRK sepanjang tahun.

Bersyukur ke hadrat ilahi, segala buah fikiran dan cadangan yang kami ketengahkan mendapat tindak balas yang positif daripada Pengetua Kolej PTPL Sabah iaitu En. Hisyamudin.

Setelah habis mesyuarat, semua yang terlibat dalam mesyuarat ini pun bersurai.

0 Comments to "PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA KOLEJ"

Post a Comment

SEBARANG KOMEN YANG ANDA BERIKAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. ADMIN SENI RENTAKAMI TIDAK BERTANGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DIBERI OLEH PENGKOMEN.

© Copyright Reserved SENI RENTAKAMI | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft